Blog (singkatan untuk web log dalam bahasa Inggeris) ialah sebuah laman web yang kemasukannya ditulis menurut urutan kronologi dan dipaparkan dengan tertib terbalik. Blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, umpamanya makanan, politik, atau berita tempatan, dengan sesetengah blog berperanan lebih sebagai buku harian peribadi dalam talian. Blog yang tipikal menggabungkan teks, imej, dan pautan ke dalam blog, laman web, dan media lain yang berkaitan dengan topiknya. Keupayaan para pembaca untuk meninggalkan ulasan mereka dalam format interaktif merupakan ciri yang utama untuk banyak blog. Kebanyakan blog umumnya adalah blog teks, walaupun sesetengahnya bertumpu pada gambar foto (blog foto), video (vlog), muzik (blog MP3), atau audio (podcasting), dan merupakan sebahagian rangkaian media sosial yang lebih luas. Istilah "blog" merupakan kata lakur untuk perkataan "web" dan "log" (Web log). "Blog" juga boleh digunakan sebagai kata kerja yang membawa pengertian "untuk memeliharakan atau menambahkan isi kandungan ke dalam blog." Pada bulan Nov 2007, Technorati, enjin carian blog, sedang menjejaki melebihi 120 juta blog, meningkat dua kali ganda sejak awal Januari 2007.Kegunaan Blog.Ada orang yang mencipta blog untuk menyampaikan apa yang dilalui hari-hari dan ada yang mencipta blog sebagai laman web peribadi. Walau apa pun tujuan blog itu dicipta adalah untuk menjadi bahan bacaan orang ramai. Blog adalah sebuah laman web yang mudah digunakan di mana anda boleh memaparkan pendapat anda, berinteraksi dengan orang lain, memaparkan gambar, video dan banyak lagi. Semua itu boleh dilakukan dengan percuma dan mudah. Itu adalah maksud istilah blog daripada laman Blogger.com yang amat popular untuk para peminat blog mencipta dan menulis blog. Anda boleh tulis apa sahaja pada blog yang anda cipta. Jika anda minat komputer anda boleh menulis tentang komputer , jika anda minat kereta anda boleh menulis berkenaan kereta dan lain-lain lagi mengikut minat anda. Malah ada orang yang mencipta blog untuk menyampaikan apa yang dilaluinya hari-hari dan ini menjadi bacaan orang ramai yang melawati laman blognya. Jika anda pergi ke laman-laman blog, terdapat pelbagai jenis dan genre blog yang dihasilkan, malah ada yang tidak pernah terfikir oleh anda pun muncul di arena blog.  Untuk mencipta blog anda boleh lakukannya di laman web Blogger.com secara percuma. Anda juga boleh pergi ke beberapa laman blog percuma atau berbayar yang lain. Tidak semua tapak web blog yang mengendalikan itu sama. Ini kerana ada yang memberikan saiz yang terhad dan juga template yang tidak pelbagai. Namun ianya terpulang kepada anda untuk memilih yang mana sesuai untuk anda.
Bagaimana untuk memiliki blog anda sendiri?...
Sudahkah anda bersedia?..
|